Mangsa banjir turun kepada 185 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir turun kepada 185 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 185 orang berbanding 824 orang yang direkodkan petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini, daerah Kemaman mencatatkan 39 mangsa membabitkan lapan keluarga.

Katanya, kesemua mangsa itu ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai dan SK Bukit Mentok.

“Di Dungun, penduduk terjejas banjir adalah seramai 146 orang membabitkan 43 keluarga.

“Mereka berada di empat PPS yang dibuka iaitu Dewan Sivik Paka, Dewan Serbaguna Paya Kemudi, Dewan Masjid Kampung Serdang dan Sekolah Kebangsaan Delong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN