Kes baru 1,348, Selangor tertinggi lapan hari berturut-turut

Kes baharu 1,348, Selangor tertinggi lapan hari berturut-turut

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor terus merekodkan kes harian baharu tertinggi Covid-19 untuk lapan hari berturut-turut iaitu 535 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 363 kes adalah daripada kluster dan saringan kontrak rapat.

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 226 kes manakala Sabah sebanyak 189 kes.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan dan lima kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian baharu pula merekodkan sebanyak 1,348 kes yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 98,737 kes.

“Manakala, bilangan kes sembuh adalah sebanyak 710 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya sebanyak 80,014 kes,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya