Kemuka nota bantahan kepada China - Utusan Malaysia

Kemuka nota bantahan kepada China

China
KAMARUDIN JAFFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menggunakan pendekatan diplomasi yang dilihat sebagai antara langkah terbaik termasuk mengemukakan nota bantahan kepada China berhubung pertikaian isu Laut China Selatan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, proses perundingan perhubungan dengan China dalam hal berkaitan Laut China Selatan kini masih berjalan.

“Perkara itu tidak mudah untuk diselesaikan, tapi kita akan terus membincangkan di pelbagai tempat dan peringkat selepas ini,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu Kamarudin berkata, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura yang baharu sudah dipilih dan proses pelantikan sedang diuruskan.

Menurutnya, pelantikan itu mengambil masa kerana memerlukan proses teliti.

Ketika ini jawatan berkenaan dipangku Timbalan Pesuruhjaya, Muhammad Radzi Jamaludin.

Kamarudin berkata, Kedutaan Malaysia di Singapura berdepan tugas mencabar berhubung isu memperbaharui pasport rakyat Malaysia.

Tambahnya, ini susulan langkah ketat negara jiran itu menutup sempadan bagi mengurangkan penularan pandemik Covid-19.

Mengulas berkenaan isu minyak sawit, beliau berkata, kerjasama memperluaskan eksport bahan komoditi itu bukan sahaja berfokus kepada China dan India, malah Kesatuan Eropah (EU). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya