Junjung Titah 7 Amanat Raja Perlis - Utusan Malaysia

Junjung Titah 7 Amanat Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin (dua dari kiri) menyempurnakan penyerahan plaka ‘Titah 7 Amanat Tuanku Raja Perlis’ dan meninjau prasarana surau Al-Madrasatul Sirajumunir Persatuan Liga Muslim Perlis di Jalan Bintong di sini hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh rakyat agar sentiasa menjunjung ‘Titah 7 Amanat Raja Perlis’ yang menyentuh pelbagai aspek berkaitan kemajuan Islam dan pemikiran rakyat.

Titah Tuanku Syed Faizuddin, amanat tersebut sarat dengan nasihat dan harapan Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. 

“Ia menzahirkan kesungguhan Tuanku Syed Sirajuddin dalam mendaulatkan agama Islam dengan berpegang teguh kepada ajarannya yang sahih,” titah baginda selepas berkenan menyempurnakan penyerahan plaka ‘Titah 7 Amanat Tuanku Raja Perlis’ dan meninjau prasarana surau Al-Madrasatul Sirajumunir Persatuan Liga Muslim Perlis di Jalan Bintong di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan.

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Hakim Syarie negeri, Ibrahim Deris dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah MAIPs, Mohd Nazri Md Rejab.

Pada majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin turut menyaksikan penyerahan surat sokongan ikhtisas tenaga pengajar kepada jemaah surau berkenaan yang terdiri daripada komuniti India Muslim Perlis di bawah seliaan Persatuan Liga Muslim Perlis. 

Turut disampaikan ialah surat pelantikan tenaga pengajar guru majlis daripada Jabatan Mufti  Perlis yang diterima oleh Setiausahanya, Khalil Rahman bagi pihak pertubuhan tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya