Ibu tunggal didakwa cuai terhadap anak kandung - Utusan Malaysia

Ibu tunggal didakwa cuai terhadap anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan melakukan kecuaian ke atas anak lelakinya berusia setahun tujuh bulan sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian lengan dan bawah ketiak kanak-kanak itu.

Peniaga barangan kosmetik dalam talian berusia 25 tahun itu didakwa melakukan kecuaian di sebuah rumah di Setapak di sini pada Disember tahun lalu.

Difahamkan pengadu dalam kes tersebut merupakan bapa kandung kanak-kanak itu yang merupakan bekas suami tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung ibu bapanya di kampung.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid membenarkan ibu muda itu diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menghubungi pengadu dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 14 Januari tahun depan untuk sebutan kes.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya