Guan Eng nafi pernah rancang tamatkan perkhidmatan feri - Utusan Malaysia

Guan Eng nafi pernah rancang tamatkan perkhidmatan feri

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan beliau dan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pernah merancang menamatkan perkhidmatan feri ikonik di negeri ini seperti mana dakwaan sesetengah pihak.

Malah, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri berkata, beliau juga tidak pernah mengumumkan untuk menghapuskan perkhidmatan feri yang bersejarah lebih 126 tahun itu. 

“Kami tidak pernah sebut perkhidmatan feri akan ditamatkan (ketika menjadi kerajaan).

“Apa yang dipaparkan ialah tajuk yang  berlainan dengan isi kandungan, ini adalah taktik kotor yang cuba dimainkan oleh MCA dan kuncu-kuncunya,” katanya dalam sidang akhbar di Tanjung City Marina di sini semalam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong sebelum ini mendakwa  Guan Eng pasti mengetahui mengenai penamatan perkhidmatan feri kerana berada dalam Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju memperkenalkan katamaran dan menggunakan feri yang ada sebagai kapal pelancong semata-mata.

Ka Siong mendakwa,  Loke sendiri telah mengumumkan di Dewan Rakyat pada 1 Ogos 2018 yang mana RM90 juta akan diperuntukkan kepada Prasarana untuk merealisasikan perkara ini.

Bagaimanapun, Ka Siong berkata hampir setahun kemudian pada Ogos 2019, Loke mengatakan peruntukan RM90 juta tersebut tidak dapat dilaksanakan ketika kerajaan PH memutuskan untuk berunding dengan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) bagi mengambil alih perkhidmatan feri dan melabur dalam katamaran (kapal badan bersambung) baharu.

Menurut Guan Eng, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan antara syarat utama yang ditekankan adalah perkhidmatan feri harus diteruskan.

“Kita tidak menghalang pembaharuan yang dengan menggunakan katamaran.

“Namun, satu atau dua buah feri mesti tetap berjalan seperti biasa dan ini adalah syarat yang telah ditetapkan ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, beliau akan tetap mempertahankan perkhidmatan feri di negeri ini dan akan kembali pada 1 Januari depan bagi memastikan perkhidmatan itu berjalan seperti yang telah diarahkan oleh Kerajaan Pusat.

“Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang SPPP dan PPSB) diharapkan akan menghormati keputusan yang dibuat berhubung pengekalan perkhidmatan feri di Pulau Pinang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya