fbpx

30 November 2021, 11:00 am

Calon MB cukup majoriti untuk tubuh kerajaan negeri – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid ditemui pemberita di luar Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/SHAARANI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: UMNO telah mempunyai calon Menteri Besar Perak baharu yang mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan negeri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, nama calon tersebut pun disembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk pertimbangan dan perkenan baginda.

“Alhamdulillah, saya telah diperkenankan oleh Tuanku Sultan untuk menghadap dan mempersembahkan surat memohon untuk perkenan baginda bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak. 

“Pengumuman untuk nama calon Menteri Besar itu akan dibuat oleh baginda sendiri dan sebarang kenyataan selepas ini semuanya akan dikeluarkan oleh pihak istana,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta selepas menghadap Sultan Nazrin hari ini.

Ditanya jumlah calon Menteri Besar yang telah disembah maklum kepada Sultan Nazrin, Ahmad Zahid menegaskan, ia terserah kepada pihak istana untuk memaklumkan perkara itu.

“Biarlah Tuanku sendiri yang akan mengeluarkan pemakluman melalui sebarang kenyataan daripada baginda.

“Saya menjunjung titah Tuanku supaya hak untuk mencalonkan itu adalah hak UMNO dan BN tetapi hak untuk umumkan calon itu adalah hak mutlak baginda dan istana akan memaklumkannya,” katanya.

Ditanya sama ada calon yang dipilih itu telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahmad Zahid berkata, pihaknya yakin sokongan yang diperoleh adalah mencukupi.

“Saya amat yakin majoriti sokongan itu lebih daripada mencukupi. Insya-Allah,” katanya.

Pengerusi BN itu juga memberi bayangan bahawa pembentukan kerajaan baharu di Perak adalah hasil kesepakatan Perikatan Nasional (PN) antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas. 

“Saya telah menyatakan bahawa seboleh mungkin kita pertahankan kesepatakan PN,” katanya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI