MELAKA: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada Pakatan Harapan (PH) merupakan satu kesilapan besar selepas mereka dilihat seakan-akan tersepit dalam kerjasama dengan UMNO dan Pas. Meskipun Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ketika ini, Bersatu harus menerima hakikat mereka tetap parti yang kecil dan jauh sekali untuk dominan dalam Perikatan Nasional (PN). Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berpendapat, amat mustahil untuk Bersatu memimpin UMNO…