Bersatu pantau situasi, terus bersama Pas, anggota PN lain untuk keputusan selanjutnya - Utusan Malaysia

Bersatu pantau situasi, terus bersama Pas, anggota PN lain untuk keputusan selanjutnya

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini. 

Dalam mesyuarat Biro Politik parti itu bersama Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepemimpinan Bersatu mengambil maklum bahawa usul keyakinan majoriti ADUN terhadap Menteri Besar Perak selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, parti itu sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Sehubungan itu, Bersatu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat ADUN Bersatu, tiga ADUN Pas, 1 ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas yang menyokong usul keyakinan terhadap Menteri Besar Perak.

“Bersatu akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama Pas dan teman-teman parti anggota PN yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beberapa pemimpin Bersatu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di pejabat Perdana Menteri bagi membincangkan isu kedudukan Ahmad Faizal.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu hari ini hanya memperoleh 10 sokongan berbanding 48 undi yang menolak usul percaya dalam undian 59 ADUN manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru daripada UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya