Ahli Parlimen jalani HSO boleh pakai PPE ke Parlimen - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen jalani HSO boleh pakai PPE ke Parlimen

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan pembangkang yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat bagi proses pengundian peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 namun perlu mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Mendedahkan kepada pemberita, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Ahli Parlimen terbabit ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen berkenaan kini menjalani proses kuarantin kerana menjadi kontak rapat individu positif Covid-19.

“Ya, mereka boleh datang, tapi untuk masuk ke dalam dewan mereka kena lengkap berpakaian PPE.

“Kita juga akan letakkan mereka di satu ruangan khas di dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog media bersama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Minggu terakhir Persidangan Dewan Rakyat tahun ini menyaksikan lima lagi kementerian akan melalui sesi perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

Kehadiran Ahli Parlimen itu dianggap kritikal bagi menentukan rang undang-undang berkenaan diluluskan atau sebaliknya dengan bacaan ketiga pula dijangka pada Rabu ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya