157 mangsa dipindahkan di Raub - Utusan Malaysia

157 mangsa dipindahkan di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Jumlah mangsa banjir di daerah ini yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 157 orang berbanding 143 orang yang direkodkan sehingga petang semalam.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, kesemua mangsa daripada 53 keluarga  dipindahkan ke tujuh buah PPS.

“Tujuh orang ditempatkan di PPS Balai UMNO Kampung Batu Talam; Masjid Kampung Kuala Semantan (38 orang); PPS Sekolah Kebangsaan Tersang (11 orang); PPS Balai Raya Kampung Sengkela (12 orang), PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai seramai (42 orang), Dewan  Serbaguna Kg Pia (26) Masjid Kuala Temau (16 orang) dan Balai Raya Kampung Chenua lima orang.

“Pada masa ini pihak bomba masih terus melakukan pemantauan berterusan di sekitar daerah,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.