UMP fokus tingkat kualiti pendidikan tinggi - Utusan Malaysia

UMP fokus tingkat kualiti pendidikan tinggi

UMP Universiti Malaysia Pahang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan terus memperkukuhkan usaha memajukan dan mengembangkan pendidikan tinggi dengan memberi tumpuan terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) aras tinggi.

Pelbagai usaha sedang dibangunkan bagi memfokuskan terhadap peningkatan keupayaan teknikal negara antaranya ialah melalui penawaran program akademik yang dipacu oleh industri bagi melahirkan graduan yang holistik. 

Naib Canselornya, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff berkata, tumpuan juga diberikan kepada jalinan kerjasama antara UMP dan industri dalam dan luar negara bagi meningkatkan lagi keupayaan teknikal kedua-dua pihak.

“Bagi mencapai hasrat ini, universiti telah merangka Pelan Strategik UMP 2021-2025 dengan memfokuskan elemen penerokaan pengetahuan baharu melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi, pengantarabangsaan dan keusahawanan graduan dalam bidang berkaitan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat global. 

“Turut diberi perhatian elemen kelestarian kewangan dan pemantapan kecemerlangan ekosistem universiti termasuk usaha ke arah menjadikan UMP kampus pintar dan lestari yang bakal memanfaatkan lebih 12,000 pelajar universiti ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Ujar Wan Azhar, semoga usaha berterusan itu akan terus menjadikan UMP antara universiti muda yang dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan teknikal negara.

“Kedudukan UMP di tangga ke-133 terbaik di Asia dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2021 merupakan pengiktirafan terhadap peranan dan usaha UMP dalam membangun dan memperkasakan kualiti pendidikan modal insan di peringkat negara serta antarabangsa.

“Pencapaian ini menyenaraikan UMP di kedudukan 21 peratus universiti terbaik di Asia dan berada pada kedudukan kesembilan antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya