Sempadan negeri Kedah masih ditutup - Utusan Malaysia

Sempadan negeri Kedah masih ditutup

HASANUDDIN Hassan (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen antara Timbalan Ketua Polis yang baharu, Mohd. Roze Shaari (kanan) dan bekas pemangku Timbalan Ketua Polis Kedah, Zakaria Haron pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis tetap melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri ini di Perak dan Pulau Pinang walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Kedah berakhir semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, pihaknya menempatkan anggota di laluan masuk sempadan negeri itu bagi memantau pergerakan orang ramai terutama dari negeri mempunyai Zon Merah pandemik Covid-19.

“Sempadan negeri ini masih ditutup seperti laluan masuk dari Pulau Pinang dan Perak kerana negeri itu masih diletakkan di bawah PKPB sedangkan Kedah sudah ditamatkan semalam.

“Jadi mereka yang ingin masuk Kedah kita periksa dahulu, jika tiada keperluan mereka perlu berpatah balik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Pada majlis itu, pemangku Timbalan Ketua Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Zakaria Haron menyerahkan dokumen tugas tersebut kepada bekas Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Roze Shaari.

Beliau berkata, walau bagaimanapun, SJR itu tidak melibatkan laluan di sempadan Kedah dan Perlis.

Mengulas lanjut, kata Hasanuddin, pemantauan ketat juga di laluan-laluan tikus yang dipercayai akan digunakan oleh orang ramai untuk memasuki negeri ini tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kita buat sekatan di laluan utama, penduduk setempat mungkin lebih arif tentang laluan tikus ini tetapi kita ada pasukan pemantau kalau terjumpa kita bagi dua pilihan berpatah balik atau kena kompaun RM1,000,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan yang ditetapkan termasuk SOP untuk mencegah penularan wabak itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya