'Saya sebak baca kisah Amran' - Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Saya sebak baca kisah Amran’ – Ebit Lew

EBIT Lew menaiki motosikal yang dihadiahkan beliau kepada Amran (empat dari kanan).- Gambar Facebook Ustaz Ebit Lew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew sekali lagi tampil membantu individu memerlukan dan kali ini membabitkan nasib malang dialami lelaki Orang Asli apabila motosikal miliknya terbakar ketika perjalanan memohon bantuan Baitulmal.

Ustaz Ebit Lew dalam hantaran Facebooknya memaklumkan, dia telah membelikan sebuah motosikal yang baharu khusus untuk Amran Ronggi, 29.

Katanya, dia berasa sebak apabila mengetahui kisah yang menimpa keluarga berkenaan.

“Sebak rasa baca pasal abang bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Hari ini saya belikan motor baharu hadiahkan kepada abang ini serta sedikit duit belanja,” katanya.

Amran kini tinggal perkampungan Orang Asli Kuala Masai.

Kisah membabitkan terhadap bapa kepada empat anak itu tular selepas motosikal ditunggangnya terbakar ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan buat keluarganya di Plaza Tol Senai pada Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, motosikal ditunggang Amran dan dua orang anaknya terbakar di Plaza Tol Senai ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan Baitulmal.

Kejadian itu dikongsi laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, sebelum menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menghulurkan sumbangan.

Sementara itu, pendakwah itu turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 84 keluarga yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Kuala Masai itu.

Ebit turut berkata, syukur banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan dan bantuan buat keluarga ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya