Reman ‘Datuk Seri’ bersama empat suspek disambung - Utusan Malaysia

Reman ‘Datuk Seri’ bersama empat suspek disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Reman terhadap lima individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ terlibat dengan sindiket pengedaran dadah disambung bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Abdul Latiff Mehat berkata, reman kesemua individu terbabit termasuk seorang daripadanya merupakan anggota tentera merupakan adik kepada ‘Datuk Seri’ itu disambung seminggu sehingga Selasa hadapan.

“Reman terhadap kesemua suspek terbabit disambung bagi membantu siasatan. Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung gelaran Datuk Seri suspek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan gelaran Datuk Seri yang dipakai usahawan kosmetik dari negeri Pantai Timur itu adalah palsu.

Terdahulu, satu sindiket yang menggunakan modus operandi dengan menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum mengedarkan bekalan dadah itu ke negara jiran berjaya ditumpaskan.

Taktik sindiket pengedaran dadah yang didalangi pasangan adik-beradik termasuk salah seorangnya peniaga barangan kosmetik bergelar Datuk Seri di Pantai Timur tumpas apabila kedua-dua mereka ditahan di kawasan Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan 10 November lalu.

Dalam serbuan kira-kira 4.30 petang itu, pasangan adik-beradik berusia 25 dan 31 tahun itu yang mana seorang daripada mereka merupakan anggota tentera itu ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 126.85 kilogram yang dibungkus dalam bungkusan teh cina bernilai kira-kira RM5 juta.

Susulan penahanan suspek, telah membawa kepada tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia 32 hingga 43 tahun di kawasan yang sama. 

Dua warga tempatan terbabit merupakan ahli sindiket tersebut manakala lelaki warga asing yang pasportnya telah tamat tempoh dipercayai orang tengah bagi urusan jual beli dadah.

Dalam siri tangkapan itu, polis turut merampas empat buah kenderaan termasuk sebuah kereta Ford Mustang dianggarkan bernilai RM500,000 didaftarkan di bawah nama isteri anggota tentera terbabit. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya