Peduli nasib golongan wanita - Utusan Malaysia

Peduli nasib golongan wanita

RINA Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Belanjawan 2021 disifatkan mesra wanita dan keluarga kerana segala peruntukan dan insentif mengambil peduli keperluan golongan itu termasuk kumpulan sasar yang kurang berupaya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, justeru para usahawan wanita terutamanya diharapkan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pembiayaan yang disediakan iaitu mikro kredit khas, Ar-Rahnu BizNita dan BizMe. 

Katanya, dalam hal itu, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi memperkasakan budaya keusahawanan dan keupayaan usahawan wanita  yang tidak dinafikan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. 

“Kesihatan wanita juga diberi perhatian dengan peruntukan  sebanyak RM10 juta untuk membuat saringan kanser serviks dan ujian  mamogram.

“Perlindungan kepada golongan wanita yang menghadapi keganasan rumah tangga juga diberi perhatian serius apabila peruntukan khas diberikan bagi pembinaan Pusat  Sokongan Sosial Setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Belanjawan 2021 memperuntukkan sejumlah RM2.584 bilion kepada kementerian berkenaan iaitu meningkat 4.5 peratus berbanding tahun  sebelumnya. 

Ia sekali gus mampu memberi manfaat kepada kumpulan  sasar utama terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU), warga  emas, kanak-kanak, wanita, pengusaha taska, golongan di bawah Pendapatan Garis  Kemiskinan (PGK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meneruskan kehidupan dan menyumbang ke arah agenda pembangunan negara.  

Menurut beliau, kenaikan kadar bantuan bulanan yang  memanfaatkan kepada 400,000 penerima dengan jumlah RM2.2 bilion dapat  meringankan bebanan golongan OKU, warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak  daripada keluarga miskin serta penjaga mereka.  

Di samping itu, katanya, kenaikan elaun petugas dan penyelia  Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara merupakan satu ganjaran pihak kerajaan kepada kumpulan itu yang juga antara barisan hadapan menyumbang jasa dalam kemaslahatan masyarakat. 

“Kenaikan elaun Program Khidmat Bantu di rumah diharap dapat menyemarakkan lagi budaya kesukarelawanan dalam masyarakat dalam memberi khidmat sokongan sosial kepada masyarakat.  

“Saya juga menyeru dan mengalu-alukan NGO agar bersama-sama menyantuni warga emas bagi pengendalian pusat aktiviti warga emas apabila kerajaan  menaikkan bantuan kewangan untuk pengoperasian pusat itu daripada RM33,000 kepada RM50,000,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.