Pecah rumah kawasan terpencil, enam ditahan - Utusan Malaysia

Pecah rumah kawasan terpencil, enam ditahan

MOHD. Fazley Ab. Rahman menunjukkan peralatan yang digunakan suspek dalam sidang akhbar di IPD Nilai dekat sini hari ini berhubung penahanan enam lelaki berkaitan kes pecah rumah.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kegiatan sekumpulan geng pecah rumah yang menyasarkan kawasan perumahan terpencil di sekitar Mantin dan Nilai terbongkar dengan penahanan enam lelaki warga tempatan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata,  kesemua suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan dalam empat siri operasi khas Op Pintu Bunga Raya yang dijalankan oleh pihak polis bermula pukul 2 petang, 21 November hingga pukul 10 malam, 22 November lalu.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek dalam serbuan di Merlimau, Melaka serta di Kangkar Pulai, Johor dan Semenyih, Selangor.

“Modus operandi kumpulan ini ialah bergerak secara berkumpulan dan menyasarkan kediaman persendirian terutamanya kawasan perumahan terpencil di Taman Bunga Raya, Nilai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fazley, kumpulan tersebut yang dipercayai aktif sejak Mac tahun ini dikesan mengubahsuai beberapa peralatan seperti kayu yang diletakkan lampu suluh selain menggunakan bilah dan playar untuk mengumpil pintu belakang rumah mamgsa.

“Waktu utama kumpulan ini melakukan aktiviti pecah masuk rumah adalah sekitar pukul 3 hingga 6 pagi.

“Selain itu, hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati dua daripada enam suspek yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya.

Jelasnya, berdasarkan modus operandi yang sama, kumpulan terbabit dikesan telah melakukan 44 kes pecah rumah sepanjang tahun ini dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM204,000.

“Kes tersebut melibatkan 14 kes di Mantin, 12 kes (Nilai), 11 kes (Seremban) manakala tujuh kes di luar Negeri Sembilan iaitu empat kes di Semenyih, Selangor, dua kes di Jasin, Melaka dan satu kes di Ipoh, Perak. 

“Dalam operasi tersebut, pihak polis berjaya merampas sebuah kereta jenis BMW berwarna perak yang dipercayai digunakan oleh suspek namun kenderan itu didaftarkan atas nama keluarga.

“Turut dirampas sebuah motosikal jenis Yamaha  Y15, 17 buah telefon bimbit, 7 keping wang kertas warga asing serta dua utas jam tangan,” ujarnya.

Mohd. Fazley berkata, kesemua enam suspek tersebut telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 30 November ini mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan pecah rumah.

Tambah beliau, susulan tangkapan tersebut, pihak polis juga sedang mengesan seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan geng pecah tersebut yang dikenali sebagai M. Kali Thosan, 36.

“Alamat terakhir orang yang dikehendaki ini adalah di No.6 Persiaran 6, Taman Muda, Simpang Pulai, Kampung Kepayang Perak.

“Sehubungan itu, sesiapa yng mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nilai, Asisten Superintenden Md Nurazan Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai penyiasat, Sarjan Norisham Husin (012-3481165),” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya