NS catat 71 kes baharu Covid-19, satu kluster baharu - Utusan Malaysia

NS catat 71 kes baharu Covid-19, satu kluster baharu

SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban menjalani ujian saringan Covid-19 di sekolah tersebut petang tadi, susulan berlakunya kes positif Covid-19 di sekolah tersebut sehingga mewujudkan kluster baharu yang dikenali sebagai kluster Gedong.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 71 kes baharu positif Covid-19 hari ini selain satu kluster baharu yang muncul iaitu kluster Cergas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, pertambahan berkenaan membabitkan 58 jangkitan tempatan, 11 kes jangkitan import B iaitu merentas negeri dan dua kes jangkitan import C iaitu merentas daerah.

Menurutnya, daripada jumlah baharu berkenaan juga, 68 kes dari daerah Seremban iaitu membabitkan mukim Labu, lapan kes saringan kluster kaya (tempatan), tujuh kes saringan kluster kaya (import B), empat kes Saringan Kontak Rapat Kes Positif COVID-19 (tempatan) dan empat kes lain-lain saringan (tempatan).

“Di mukim Ampangan pula membabitkan sembilan kes saringan kluster Cergas (tempatan), empat kes saringan kluster Taman Bunga (tempatan), tiga kes saringan kluster Gedong (tempatan), dua kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (tempatan) dan masing-masing satu kes saringan kluster Hentian dan kes saringan bergejala (tempatan).

“Di mukim Rantau, lima kes saringan kluster Taman Bunga (tempatan), tiga kes saringan kluster Gedong (tempatan) dan tiga kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (tempatan),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Veerapan berkata, di mukim Setul pula, tiga kes saringan kluster Kaya (tempatan), satu kes saringan kluster kaya (import B), dua kes saringan kluster Jernih (tempatan) dan dua kes saringan sebelum pulang ke negara asal (tempatan).

Menurutnya, di mukim Seremban dua kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (import B) dan satu kes saringan kluster Cergas (tempatan) serta di mukim Rasah, tiga kes saringan kluster Cergas (tempatan).

“Di daerah Port Dickson, dua kes dicatatkan di mukim Si Rusa iaitu masing-masing satu kes saringan kluster Gedong jangkitan tempatan dan Import C.

“Di daerah Kuala Pilah pula satu kes membabitkan kes saringan kluster Gedong (Import C),” katanya.

Sementara itu, berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia, kluster Cergas adalah melibatkan daerah Seremban. 

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30751) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 Oktober 2020. 

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif Covid-19. 

Kes-kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Rembau, Hospital Tampin dan Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya