Meningkatkan pemilikan rumah - Utusan Malaysia

Meningkatkan pemilikan rumah

BELANJAWAN 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi menggalakkan pemilikan rumah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut adalah:

– Pertama: Pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000. Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025;

– Kedua: Pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi. Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, pada masa yang sama, kerajaan akan terus menyediakan perumahan yang selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, sejumlah RM1.2 bilion disediakan bagi tujuan berikut:

– Pertama: RM500 juta untuk membina sehingga 14,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat.

– Kedua: RM315 juta untuk pembinaan 3,000 unit rumah Mesra Rakyat oleh SPNB.

– Ketiga: RM125 juta bagi penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah serta bantuan membaik pulih rumah usang dan yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.

– Keempat: RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.

“Selain itu kerajaan akan bekerjasama dengan institusi kewangan terpilih untuk menyediakan Skim Rent-to-Own. Program ini akan dilaksanakan sehingga 2022 melibatkan 5,000 rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan lebih RM1 bilion dan dikhaskan untuk pembeli rumah pertama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN