Maszlee Malik umum keluar Pejuang

Maszlee Malik umum keluar Pejuang

MAZLEE MALIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik umum tarik diri daripada Parti Pejuang.

Dalam kenyataan medianya, beliau berkata, keputusannya itu adalah untuk memenuhi kehendak rakyat yang inginkan ahli politik yang ikhlas berkhidmat demi rakyat. 

“Saya mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang. 

“Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis. Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang,” katanya. 

Pejuang merupakan sebuah parti politik yang hanya mempunyai lima ahli Jawatankuasa sebelum Maszlee menarik diri. 

Parti itu juga masih menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). 

Kini, sebagai Ahli Parlimen Bebas, Maszlee mahu memberi fokus kepada rakyat termasuk penglibatan dalam kerja-kerja kebajikan. 

“Saya ingin menumpahkan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19, khususnya di Simpang Renggam dan umumnya di seluruh Malaysia.” 

“Saya juga akan meneruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas dan melalui ruang aktivisme dan kerja-kerja kemanusiaan melalui rangkaian Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain,” ujar.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya