MAQIS Selangor rampas 28,000 kg daging kerbau dari India 

MAQIS Selangor rampas 28,000 kg daging kerbau dari India 

DAGING kerbau 28,000 kg yang dianggarkan bernilai RM270,980 berjaya dirampas MAQIS di Pelabuhan Klang Barat, Selangor. - FOTO/NOR AZIHAN MD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri mematahkan cubaan menyeludup masuk 28,000 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku dari India di Pelabuhan Klang Barat, Jumaat lalu.

Rampasan dilakukan pukul 11 pagi terhadap sebuah kontena hasil pemeriksaan rutin MAQIS.

Pengarahnya, Dr. Tarmisal Alimin berkata, siasatan mendapati kontena tersebut telah dibawa masuk ke negara ini sejak 2 November lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati daging kerbau sejuk beku ini tidak mempunyai permit import MAQIS yang sah.

“Nilai keseluruhan 28,000 kg daging kerbau dianggarkan RM270,980,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

Katanya lagi, MAQIS sentiasa mengambil serius dalam isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan dan status halal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya