Lupus sisa berjadual atau berdepan tindakan tegas - Utusan Malaysia

Lupus sisa berjadual atau berdepan tindakan tegas

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengurusan buangan terjadual perlu diberi perhatian serius bagi memastikan tidak ada mana-mana individu atau pihak industri melupuskan sisa buangan itu secara haram. 

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bahan buangan itu perlu dikitar semula atau dilupuskan di premis berlesen Jabatan Alam sekitar (JAS) sahaja kerana mempunyai ciri-ciri berbahaya dan boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada manusia, serta pencemaran air, udara dan tanah. 

“Mana-mana pihak menyebabkan pencemaran air sungai boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 25 (Sekatan Mengenai Pencemaran Perairan Daratan), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dengan hukuman denda RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, menjalankan aktiviti tanpa mendapat kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling, 1974 boleh dikenakan denda RM 500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, tindakan tegas juga boleh diambil di bawah Seksyen 34B (Larangan terhadap penempatan, peletakan bahan terjadual)  dihukum penjara mandatori serta denda maksimum sebanyak RM500,000 di bawah akta sama.

Katanya, bagi Seksyen 50 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 50 (2) dalam akta sama.

Merujuk kepada kes pencemaran di Sungai Selangor, beliau berkata, sebuah premis tidak berlesen di Taman Velox Rawang didapati telah membuat pelepasan haram dengan mengalirkan buangan berpigmen disyaki sebagai buangan terjadual dalam sistem pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) melalui lubang tandas dan inspection chamber dalam premis berkenaan. 

Beliau berkata, penemuan awal mendapati bau bahan yang ditemui adalah sama seperti bau di Loji Rawatan Kumbahan IWK dan Loji Rawatan Air (LRA) dan kesemua sampel telah diambil oleh JAS dan dianalisis Jabatan Kimia Malaysia.

“Premis tersebut disita Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat suspek termasuk seorang penyewa premis terbabit,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya