Ketepikan perbezaan politik demi rakyat - Speaker

Ketepikan perbezaan politik demi rakyat – Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahupun pembangkang perlu bersatu hati dalam memainkan peranan masing-masing bagi meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Menasihatkan perkara itu di awal persidangan Dewan Rakyat, Speakernya, Datuk Azhar Azizan Harun berharap pada sesi Parlimen kali ini, semua Ahli Parlimen diseru untuk mengenepikkan perbezaan dan perbalahan politik bagi membendung pandemik Covid-19.

“Seperti mana yang Yang Berhormat sedia maklum, perjuangan mengekang penularan Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, masih belum selesai. Ia sesungguhnya memberi kesan dan menjejaskan banyak pihak termasuk rakyat negara ini.

“Saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat tanpa mengira latar belakang dan khususnya (perbezaan) fahaman politik (untuk) mengetepikan segala perbezaan dan perbalahan, bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dan membantu kerajaan dan pihak berkuasa dalam membendung Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum mempengerusikan hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut memaklumkan langkah berjaga-jaga diambil termasuk mengedarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua Ahli Parlimen.

Azhar berkata, tindakan itu adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan supaya memberikan sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya