Jumlah penganggur NS terus meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah penganggur NS terus meningkat

J. ARUL Kumar ketika menjawab sesi pertanyaan lisan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kadar pengangguran di Negeri Sembilan meningkat 18,200 orang dalam suku kedua berbanding 16,800 orang pada suku pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J. Arul Kumar berkata, peningkatan itu didorong kemelesetan ekonomi global disebabkan pandemik Covid-19.

“Kadar pengangguran suku pertama ini naik 3.3 peratus dengan bilangan penganggur seramai 16,800 orang. Kadar pengangguran terus meningkat kepada 3.6 peratus dengan jumlah 18,200 orang pada suku kedua tahun ini.

“Antara punca pengangguran meningkat ialah kemelesetan ekonomi global disebabkan pandemik Covid-19, kejatuhan dalam permintaan serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan majikan menutup operasi atau mengurangkan tenaga kerja,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mustapha Nagoor (BN-Palong) yang ingin tahu status terkini kadar pengangguran di Negeri Sembilan dan puncanya serta usaha kerajaan negeri mengatasi masalah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya