fbpx

18 Januari 2021, 5:58 pm

  TERKINI

Johor rekod satu lagi kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor menyaksikan pertambahan 15 kes Covid-19 baharu semalam termasuk satu kluster yang baharu iaitu Kluster Kobena.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan di negeri ini sebanyak 1,100 kes.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 946 kes atau 86 peratus telah pulih.

“Semalam, Kluster Kobena telah dikenal pasti melibatkan daerah Johor Bahru dengan kes indeks dikenal pasti pada 20 November lalu.

“Pertambahan kluster ini menjadikan kini terdapat 10 kluster aktif di negeri ini, antaranya termasuklah Kluster Bayu, Kluster Kempas, Kluster Makmur dan Kluster Kiambang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pertambahan kes dan kluster baharu tersebut dikesan ekoran sikap segelintir masyarakat yang mula tidak peka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan.

“Sehubungan itu, masyarakat diingatkan untuk mengelakkan tiga S iaitu pergaulan di kawasan sempit, mengelakkan keadaan sesak dan mengelakkan sembang secara rapat dalam usaha mengekang penularan wabak ini.

“Masyarakat juga diharapkan agar dapat memberi sepenuh kerjasama kepada jabatan berkaitan untuk melakukan tugas mereka tanpa halangan, agar tidak menyukarkan mereka di dalam melakukan tugas dengan berkesan,” ujarnya lanjut. – UTUSAN