Bilal masjid maut dalam nahas dua kenderaan - Utusan Malaysia

Bilal masjid maut dalam nahas dua kenderaan

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Kuala Pilah–Batu Kikir, Kuala Pilah, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang bilal masjid maut dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Muhammad Faris Bahaudin, 20, yang merupakan bilal Kampung Juaseh Tengah disahkan meninggal dunia di dalam ambulans susulan mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Honda Jazz yang dipandu mangsa dan juga lori jenis Scania.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan dari Juasseh menghala ke Batu Kikir. Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa telah hilang kawalan sehingga memasuki laluan bertentangan dan terus melanggar bahagian tayar belakang sebelah kanan lori berkenaan.

“Susulan pelanggaran berkenaan, kenderaan mangsa telah masuk semula ke laluannya. Mangsa telah meninggal dunia semasa ambulan ingin membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Amran berkata, pemandu lori berusia 55 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung insiden berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya