Alif Satar sah dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Alif Satar sah dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Baru membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, Jumaat lalu, penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar hari ini disahkan dijangkiti Covid-19.

Menerusi hantaran Instagram miliknya, Alif memberitahu, keputusan itu amat mengejutkan selain beliau berasa sangat kecewa.

LUAHAN Alif Satar dalam Instagram yang mendedahkan dirinya dijangkiti Covid-19.

 

Keputusan itu diperoleh setelah Alif menjalankan beberapa ujian saringan Covid-19 dan kini dalam proses kuarantin di hospital.

“Assalamualaikum.. dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan,” kata Alif.

Bagaimanapun, tumpuan Alif kini mengutamakan keselamatan ahli keluarganya.

Beliau turut diminta memberi nama-nama kontak rapat yang telah bertemu dengannya dalam tempoh 14 hari ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Perkara pertama apabila Alif mendapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya