Suriani, Mohamad bertukar kementerian - Utusan Malaysia

Suriani, Mohamad bertukar kementerian

MOHAMAD Mentek mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)  dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menyaksikan pertukaran Ketua Setiausahanya.

Bagaimanapun, perubahan kecil itu hanya melibatkan pertukaran penyandang jawatan berkenaan yang berpindah antara dua kementerian tersebut dan berkuat kuasa hari ini.

Menurut laman sesawang rasmi Medac, Ketua Setiausaha baharunya ialah Datuk Suriani Ahmad yang sebelum itu beliau dilaporkan berkhidmat dengan jawatan sama di KKMM.

Suriani Ahmad

Sementara laman sesawang rasmi KKMM juga menyiarkan ucapan ‘Selamat Datang’ buat Ketua Setiausaha Medac, Datuk Seri Mohamad Mentek berpindah ke kementerian itu pula.

Gambar beliau turut dipaparkan menerusi Facebook rasmi KKMM memulakan tugas hari pertamanya dengan sesi sulung imbas kad perakam waktu di pejabatnya di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKMM, Tan Chu Ou dan para pegawai kanan di kementerian tersebut.

Mohamad sebelum itu dilantik sebagai Ketua Setiausaha Medac pada 23 Mac lalu setelah berpindah dari jawatan sama di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anak kelahiran Semporna, Sabah itu pernah memegang banyak jawatan penting kerajaan termasuk sebagai Pengarah Imigresen Sabah dan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara.

Malah ketika berakhir Operasi Daulat (Op Daulat) di Sabah susulan pencerobohan pengganas asing di negeri itu, Mohamad dilantik Ketua Pengarah Pusat Kawalan Keselamatan Timur Sabah pada 2013. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya