12 MP dilantik PAC baharu 

12 MP dilantik PAC baharu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: 12 Ahli Parlimen hari ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baharu. 

Antara yang dilantik adalah Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (Sabak Bernam) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).

Manakala tiga Ahli Parlimen yang mewakili UMNO adalah Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) dan Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu).

Turut dilantik Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti); Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik) daripada Pas serta Nurul Izzah Anwar (PKR-Permatang Pauh).

Selain itu, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Amanah-Lumut); Wong Shu Qi (DAP-Kluang) dan Ahmad Hassan (Warisan-Papar).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengemukakan Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ke dalam Majlis Dewan hari ini dengan ketetapan melantik ahli jawatankuasa PAC yang baharu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya