Tidak faham darurat, rakyat buat belian panik? - Utusan Malaysia

Tidak faham darurat, rakyat buat belian panik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Desas-desus pelaksanaan darurat oleh kerajaan bagi menangani penularan pandemik Covid-19 membuatkan rakyat keliru dan bimbang.

Kesan daripada perkara itu, Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) mendapat maklumat dari ahlinya di seluruh negara bahawa rakyat resah dan mula membuat pembelian panik.

Presiden YPNM, Datuk Firdaus Abdullah berkata, rata-rata rakyat tidak faham berhubung pelaksanaan darurat seperti diuar-uarkan.

“Mereka (rakyat) bimbang apabila darurat dilaksanakan, mereka tidak boleh keluar rumah.

“Akhirnya, rakyat mula membuat pembelian panik barang-barang keperluan harian dan kita (YPNM) dapat maklumat itu bukan sahaja di Pahang malah seluruh negara. Ini kerana rakyat panik dan takut,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz di Kuantan kelmarin selepas Kabinet dikatakan bersetuju pelaksanaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Firdaus berkata, YPNM meminta pihak kerajaan supaya memberikan penjelasan berhubung pelaksanaan darurat itu supaya tidak wujud kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Dalam pada itu, kita khuatir pembelian panik ini akan menjurus kenaikan harga barang.

“Jadi kita minta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turun padang memantau supaya tidak ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya