Tiada keperluan tutup semua sekolah di NS - Utusan Malaysia

Tiada keperluan tutup semua sekolah di NS

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas Covid-19 di Wisma Negeri, dekat sini, hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tidak ada keperluan untuk menutup semua sekolah di Negeri Sembilan walaupun daerah Seremban dikategorikan zon merah selepas mencatatkan pertambahan mendadak bilangan positif Covid-19 semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu diambil hasil perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas Covid-19 pagi tadi.

“Setakat ini, tiada mana-mana sekolah melainkan tiga buah sekolah yang diarahkan tutup sebelum ini iaitu, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS), Senawang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Haji Adnan (DUHA), Rembau, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin. 

“Bagaimanapun, hasil perbincangan kami tidak keperluan lagi untuk menutup semua sekolah seluruh negeri ini kerana sekolah berasrama. Pihak kerajaan menasihatkan agar semua pihak tidak perlu panik berikutan Seremban dikategorikan sebagai zon merah semalam. Lebih-lebih lagi, kes positif Covid-19 hanya melibatkan sekolah di kawasan tertentu dan masih terkawal,” katanya.

Semalam, daerah Seremban telah dikategorikan sebagai zon merah berikutan Kluster Sofi yang melibatkan 38 kes positif semalam selain sembilan kes tempatan lain. 

Dalam pada itu, Aminuddin memberitahu, kerajaan negeri juga bersetuju membatalkan mesyuarat dan perhimpunan termasuk Majlis Maulidur Rasul peringkat negeri mimggu depan. 

“Kami juga ingin memaklumkan semua mesyuarat dan perhimpunan kerajaan negeri yang melibatkan orang ramai dibatalkan. Malah, majlis perkahwinan perlu diberikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat.

“Jika boleh, masa majlis perkahwinan di panjangkan agar tetamu tidak tertumpu pada satu-satu masa dan SOP yang lebih ketat,” katanya. 

Beliau turut menasihatkan ibu bapa di negeri supaya tidak panik susulan langkah sewajarnya yang telah diambil oleh pihak yang berkuasa. 

“Saya berharap ibu bapa jangan panik dan sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan bagi kawasan Senawang, tidak perlu keluar jika tidak ada sebarang urusan ketika ini susulan peningkatan kes di kawasan berkenaan,” katanya. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya