Rogol berkumpulan, lima remaja termasuk dua bawah umur didakwa - Utusan Malaysia

Rogol berkumpulan, lima remaja termasuk dua bawah umur didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lima remaja termasuk dua di bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol secara berkumpulan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, bulan lalu. 

Tertuduh yang berusia 16 dan 17 tahun bersama Tuan Muhammad Syafiq Tuan Ismail, 21; Muhammad Ghardafi Abdullah, 20; dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan rogol berkumpulan terhadap murid tahun enam yang merupakan rakan sekampung mereka dalam sebuah ladang kepala sawit di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya di Dungun antara pukul 9 hingga 11 malam pada 29 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmudi mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman  penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh bawah umur di samping Muhammad Ghardafi diwakili peguam bela, Nik Mohd. Radhia Nik Abd. Ghani manakala Ahmad Syah Herfudin diwakili Masliela Ismail.

Terdahulu, Zulfazliah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kesemua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan itu melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak hingga menyebabkan mangsa trauma dan tertekan serta tidak mahu ke sekolah.

Di samping itu, pihak pendakwaan turut memberi alasan kebimbangan keluarga mangsa yang diganggu dan diugut keluarga tertuduh selain faktor kes tersebut yang tular di media sosial.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin berserta beberapa syarat tambahan iaitu dilarang mendekati mangsa, ahli keluarga atau saksi di samping perlu melaporkan diri setiap dua kali sebulan di balai polis berhampiran. 

Nooriah turut menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya