Remaja antara 12 suspek diburu polis - Utusan Malaysia

Remaja antara 12 suspek diburu polis

MOHD. Fadhil menunjukkan tiga wajah suspek yang terlibat dalam pergaduhan bersenjata di sebuah pasar raya baru-baru ini. -UTUSAN/ Nur Alina Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK : Seramai 12 suspek berusia antara 17 hingga 45 tahun kini sedang diburu polis daerah ini bagi membantu siasatan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 2010.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, tiga daripada mereka kini turut diburu polis selepas terlibat dalam pergaduhan yang menggunakan senjata di sebuah pasar raya dekat Tanjung Agas pada baru-baru ini.

“Justeru, ketiga-tiga suspek dikenali Yap Soon Kuan, 17; Toh Yong Khang, 19 dan Tan Keat Soon, 24 yang beralamat di Muar, Sungai Mati dan Ampang, Selangor itu dikehendaki di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan menggunakan senjata berbahaya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Menurut beliau, sembilan lagi suspek pula dikehendaki bersabit kes curi kenderaan, mencuri dalam bangunan, samun berkumpulan, meragut, cabul keganasan rumahtangga dan mencederakan orang.

Kesemua maklumat suspek adalah seperti berikut, R. Shanmugam, 40 beralamat di Taman Angkasa, Senai; Mohd. Eddey Mahil, 42 menetap di Jalan Temenggong Ahmad, Muar; Wan Zulkefli Wan Abd Jalil, 45 beralamat di Kampung Kesang, Melaka dan Muhammad Amri Ismail, 37 alamat terakhir Kampung Jelor Pasir Puteh, Kelantan.

Selain itu, Muhammad Hafizi Hussin, 27 dari Kampung Wakaf Aik Tawang, Bachok, Kelantan; Azlan Ahmad Nasudin, 29 menetap di Taman Damai Jaya, Skudai; So Wee Kang, 38 beralamat di Serom 4, Sungai Mati; V. Sureis, 36, dari Taman Gadong Kota, Negeri Sembilan dan M. Ragu Raman, 35 menetap di Taman Tangkak 2.

Mohd. Fadhil menambah, pihaknya percaya sebahagian besar daripada kesemua suspek ini masih berada di sekitar Johor dan orang ramai dimohon untuk menyalurkan maklumat berkaitan kesemua suspek ini di mana-mana balai terdekat atau hubungi pegawai penyiasat yang berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya