Polis siasat ahli politik langgar kuarantin - Utusan Malaysia

Polis siasat ahli politik langgar kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan meneliti keperluan sama ada akan membuka kertas siasatan berhubung isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan beberapa ahli politik lain yang melanggar perintah kuarantin baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya masih meneliti kes berkenaan sebelum tindakan susulan diambil.

“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang laporan berkaitan isu itu. Polis akan teliti perkara ini termasuk permohonan maaf dibuat Amirudin menerusi media sosial. 

“Kalau ada keperluan, kita buka kertas siasatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian seminar pengukuhan siasatan jenayah komersial dan pelancaran portal dan aplikasi semak mule di Maktab PDRM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya