PM tunai solat Jumaat di Masjid Haji Muhammad Yassin - Utusan Malaysia

PM tunai solat Jumaat di Masjid Haji Muhammad Yassin

MUHYIDDIN Yassin (tengah) melaksanakan solat sunat dua rakaat sebaik tiba di Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh hari ini.-UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH : Selepas siap sepenuhnya pada September lalu, Masjid Haji Muhammad Yassin yang dibina bersempena nama bapa Perdana Menteri itu kini dibuka untuk kepada orang ramai.

Lebih menarik, pembukaan pertama turut menyaksikan kehadiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin serta pegawai negeri Johor yang juga bersama mengerjakan Solat Jumaat di masjid berkenaan.

Terdahulu, beliau yang tiba di masjid itu pada pukul 12.30 tengah hari lengkap berpakaian baju Melayu biru berserta samping selain turut memakai pelitup muka.

Turut mengiringi beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut; serta Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh dilihat mendirikan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu sebelum mendengar khutbah yang disampaikan oleh Imam Besar Johor, Makhadzir Abdan.

Beliau kemudiannya menyempurnakan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 para jemaah sambil turut mengekalkan penjarakan fizikal.

Terdahulu, Kadi Daerah Muar, Mohammad Khalil Md. Noor berkata, masjid seluas 4.73 hektar itu mampu memuatkan sehingga 3,500 jemaah.

Masjid yang dibuka di kawasan Hub Universiti Pagoh itu turut dilengkapi dengan kemudahan Laman Islam dan lapan unit kuarters untuk imam, bilal dan siak. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya