Myvi rempuh rumah elak anjing melintas - Utusan Malaysia

Myvi rempuh rumah elak anjing melintas

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang merempuh sebuah rumah gara-gara mengelak seekor anjing di Jalan Bukit Piatu, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pekerja hotel nyaris maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah rumah gara-gara cuba mengelak seekor anjing melintas di Jalan Bukit Piatu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, pemandu berusia 28 itu bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Tanjung Minyak menghala ke Klebang.

“Apabila sampai di satu selekoh tajam di Jalan Bukit Piatu, tiba tiba seekor anjing dikatakan telah melintas di hadapan kereta yang dipandu mangsa.

“Mangsa cuba mengelak sehingga menyebabkan kereta dipandunya telah hilang kawalan lalu merempuh tembok pagar sebuah rumah di Taman Bukit Piatu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Hasan Basri, siasatan lanjut masih dilakukan dan mangsa juga belum membuat sebarang laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara tidak cermat dan tidak berhati-hati,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.