Majlis Raja-Raja Melayu dimaklumkan perkembangan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Majlis Raja-Raja Melayu dimaklumkan perkembangan kes Covid-19

kluster
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Raja-Raja Melayu dimaklumkan berhubung perkembangan terkini penularan jangkitan Covid-19 di negara ini dalam satu pertemuan di Istana Negara semalam bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut Noor Hisham, pada perbincangan itu, Majlis Raja-Raja Melayu turut diberitahu pelaksanaan tugas-tugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lapangan.

Katanya, beliau turut ditanya mengenai perkembangan vaksin iaitu pada masa ini terdapat sembilan kajian dijalankan pada fasa ketiga ketika ini, namun, masih belum terdapat laporan lengkap daripada kesemua kajian itu.

“Jadi usaha telah dijalankan oleh KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) untuk melihat perkembangan dan perolehan vaksin tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham turut memaklumkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu tentang peningkatan mendadak kes positif ketika ini  iaitu berdasarkan nilai R Naught (R0) yang diunjurkan pada kadar 1.5, justeru kes akan mencatatkan empat angka setiap hari selepas 31 Oktober.

“Ini kebimbangan kita meskipun melihat pertambahan aktiviti di lapangan supaya Nilai R0 dapat turun kepada kurang 1.5 atau kurang lagi daripada 1. Kita masih berperang di lapangan dan berharap tindakan kita membuahkan hasil.

“Kita jangkakan dalam tempoh empat minggu hasil perkembangan dapat kita lihat seperti di Pantai Timur Sabah mungkin ada bukti-bukti  menunjukkan sedikit kejayaan, tetapi tumpuan adalah di pantai barat, Sabah terutama di kawasan penjara,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham menjelaskan dakwaan berhubung manipulasi data harian kes positif Covid-19 sehingga mencatatkan kes empat angka.

Beliau berkata, data-data yang digunakan adalah mengikut sistem informasi dan maklumat kesihatan awam dari seluruh negeri. 

“Data-data ini kita akan kutip setiap hari, bukan daripada saya tetapi pasukan di sebalik tabir yang melihat data di seluruh negeri. Ini bukan manipulasi sebaliknya fakta. 

Jangan hanya apabila melihat angka kes positif kosong, kita terima, tetapi apabila kes melebihi 1,000 kita tidak terima. Dan kita telah jangkakan kes akan meningkat dalam tempoh terdekat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya