fbpx

1 November 2020, 8:58 am

  TERKINI

Kuala Langat terima bekalan air sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekalan air di kawasan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, di wilayah Klang/Shah Alam hanya 84 peratus kawasan sahaja yang telah pulih.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), dalam kenyataannya, bagi wilayah Klang/ Shah Alam masih belum pulih.

“Antara kawasan yang masih belum pulih adalah Jalan Raja Nong, Kampung Pulau Indah, Kampung Teluk Gong dan Kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa 2.

“Selain itu kawasan Pulau Ketam, Taman Berjaya Kampung Jawa, Taman Sentosa dan Taman Sri Andalas turut masih belum pulih bekalan air,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, Air Selangor sedang berusaha menstabilkan agihan air ke kawasan-kawasan tersebut dan dijangka akan pulih sepenuhnya pukul 3.00 petang ini.

“Air Selangor akan memaklumkan pemulihan bekalan air dari masa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasminya, termasuk media sosial dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.

Terdahulu, bekalan air di kawasan Kuala Langat, Klang/ Shah Alam tergendala berpunca daripada insiden paip pecah yang berlaku di kawasan Worldwide Seksyen U11 Shah Alam.

Susulan insiden tersebut, sebanyak 59 kawasan di tiga wilayah termasuk Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. -UTUSAN