Johor mahu saintis sediakan pelan pemulihan pencemaran alam sekitar - Utusan Malaysia

Johor mahu saintis sediakan pelan pemulihan pencemaran alam sekitar

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor menyeru kerjasama daripada pihak saintis dan pengkaji alam sekitar untuk membantu mengatasi masalah pencemaran khususnya yang berlaku di negeri ini. 

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, hal ini kerana pencemaran bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, tetapi juga kesihatan manusia. 

Katanya, sehubungan itu pihaknya menghargai sebarang usaha dibuat bagi melindungi ekosistem dan alam sekitar. 

“Kejadian pencemaran air yang berlaku di negeri ini baru-baru ini telah memberi menjejaskan ekonomi dan kehidupan harian masyarakat. 

“Sehubungan itu saya mencabar saintis di sini untuk menyediakan langkah penyelesaian yang praktikal dan bersesuaian bagi menangani masalah pencemaran, khususnya bagi pencemaran tanah. Ini kerana pencemaran tanah turut menjejaskan kualiti air,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Sains Tanah Malaysia di sini hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Datuk Dr. Marzalina Mansor dan Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia, Dr. Rosazlin Abdullah. 

Sementara itu, Marzalina pula memberitahu, kajian membabitkan sains tanah merupakan satu perkara yang signifikan kerana ia merupakan satu entiti yang kian terancam. 

“Antara faktor yang menyumbang kepada perkara itu termasuklah pertambahan bilangan penduduk, pembangunan dan perubahan cuaca. 

“Ini semua memberi kesan negatif kepada tanah seperti hakisan, kehilangan nutrien, pencemaran dan pelbagai kesan negatif lain,” ujarnya. 

Pihaknya bagaimanapun memberitahu, perkara itu boleh dikurangkan melalui pentadbiran yang lebih terancang menggunakan teknologi dan kaedah yang telah terbukti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya