Dua penjenayah warga asing ditembak mati - Utusan Malaysia

Dua penjenayah warga asing ditembak mati

Othman Nanyan (tengah) menunjukkan baju kalis peluru seorang anggota polis yang terkena tembakan penjenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Temerloh, Pahang hari ini.-UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Dua penjenayah lelaki warga asing yang merupakan pakar pecah peti besi ditembak mati dalam kejadian tembak menembak di Jalan Charuk Puting di sini kira-kira pukul 5.20 pagi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, bertindak atas maklumat awam, pada pukul 5 pagi hari ini, polis menemukan sebuah kereta jenis Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Jerantut-Temerloh.

“Pasukan polis cuba menahan kereta tersebut tetapi pemandu kenderaan itu bertindak memecut laju dengan cuba melanggar pasukan polis yang ingin membuat pemeriksaan.

“Kejar mengejar berlaku kira-kira 25 kilometer dan apabila sampai di Jalan Charuk Puting, pasukan polis berjaya memintas kereta itu selepas suspek melanggar sebuah lagi kereta anggota polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini hari.

Yang hadir sama, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman.

Othman berkata, ketika hendak melakukan pemeriksaan, seorang daripada suspek melepaskan tembakan dan terkena pada bahagian baju kalis peluru yang dipakai anggota polis. 

“Bagi mempertahankan diri, polis bertindak membalas tembakan dalam tempoh 15 ke 25 minit menyebabkan dua penjenayah berkenaan mati. 

“Pemeriksaan menemukan 12 barangan kes antaranya sepucuk revolver, dua unit grinder jenama Bosch dan satu unit drill jenama Bosch, 44 keping mata grinder, satu set pengecas bateri grinder dan sebilah parang panjang,” katanya.

Jelasnya, kumpulan penjenayah itu aktif melakukan kes pecah masuk dan curi dalam pasar raya, pejabat dan kilang pada waktu malam dengan menebuk peti besi simpanan wang.

“Dengan tumpasnya kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan enam kes di Pahang dan satu kes di Terengganu sepanjang tahun ini yang melibatkan kerugian RM308,245.50,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya