Boleh solat Jumaat di masjid, surau Wilayah Persekutuan dengan syarat - Utusan Malaysia

Boleh solat Jumaat di masjid, surau Wilayah Persekutuan dengan syarat

MOHD. AJIB ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenar mengadakan solat Jumaat dengan beberapa syarat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Mohd. Ajib Ismail berkata, bagi solat Jumaat tidak boleh melebihi 50 jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter antara jemaah.

Untuk itu, katanya, semua masjid dan surau berkenaan perlu menentukan senarai 50 jemaah solat Jumaat sama ada melalui jemputan atau apa juga kaedah yang difikirkan sesuai.

Bagi solat fardu lima waktu pula, bilangan jemaah yang dibenarkan adalah maksimum 20 orang lelaki sahaja sama ada dalam kalangan pegawai masjid, ahli jawatankuasa atau ahli jemaah yang mendapat jemputan.

“Semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh dan kuliah duha ditangguhkan. Bagaimanapun kuliah secara dalam talian adalah digalakkan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Ajib turut menyarankan masjid, surau Jumaat dan surau melaksanakan solat hajat pada setiap khamis selepas Maghrib dan setiap selepas solat Jumaat mulai hari ini hingga tamat PKPB.

“Ia bagi memohon kepada Allah SWT agar menghindarkan warga Wilayah Persekutuan dan Malaysia keseluruhannya daripada wabak Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya