Bajet 2021: Teruskan Bantuan Prihatin Nasional - Utusan Malaysia

Bajet 2021: Teruskan Bantuan Prihatin Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Hilang kerja akibat Covid-19, sebuah keluarga di  sini berharap kerajaan meneruskan bantuan kewangan untuk golongan seperti mereka iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam Bajet 2021.

Siti Aishah Hamid, 34, berkata, suaminya Mohd. Azizan Ismail, 35, hilang pekerjaan sebagai pemandu lori di sebuah kedai perabot ketika awal pandemik Covid-19.

Menurutnya, ketika itu mujur ada bantuan kewangan menerusi BPN daripada kerajaan untuk golongan sepertinya menampung perbelanjaan keluarga.

“Golongan berpendapatan rendah seperti kami berharap kerajaan meneruskan keprihatinan membantu rakyat susah menerusi BPN dalam Bajet 2021 nanti. 

“Bantuan ini amat bermakna buat kami untuk meringankan beban perbelanjaan keluarga.

“Kita masih berada dalam situasi wabak Covid-19, jadi saya berharap BPN dapat dikekalkan sehingga kita bebas sepenuhnya daripada wabak ini,” katanya ketika ditemui di Taman Serai Perdana di sini hari ini.

Menurutnya, wang yang diterima menerusi BPN membantu dia dan suami menampung keperluan hidup serta perbelanjaan persekolahan dua anak perempuan yang berusia tujuh dan sembilan tahun.

Beliau berkata, suaminya hilang pekerjaan sebagai pemandu lori perabot ekoran kekurangan tempahan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

“Ketika itu saya tiada pekerjaan dan kami tiada pendapatan lain selain membayar sewa rumah RM260 sebulan.

“Apabila kerajaan mengumumkan BPN, ia adalah satu bantuan yang memberi kelegaan kepada kami sekeluarga, ia membantu meringankan beban kami,” katanya.

Siti Aishah berkata, dengan wang BPN, dia dan suaminya menjadikan modal untuk mereka memulakan perniagaan pokok hiasan plastik yang dijual secara atas talian.

“Perniagaan ini merupakan sumber pendapatan kami sekeluarga sekarang setelah suami hilang kerja,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.