Tiga aspek diteliti - Fadillah - Utusan Malaysia

Tiga aspek diteliti – Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti tiga aspek penting iaitu reka bentuk binaan, aspek pemantauan dan peranan jurutera bebas bertauliah sebelum mengambil sebarang keputusan berkenaan projek pembinaan di laluan sibuk yang digunakan orang ramai.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak kementerian juga telah mengarahkan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan penyiasatan penuh berhubung isu tersebut.

“Kita akan lihat daripada perspektif berbeza sama ada berlaku kesalahan atau kecuaian dalam reka bentuk bahan binaan itu, aspek pemantauan dan penyeliaan kawasan binaan serta peranan jurutera bebas bertauliah termasuk daripada aspek keselamatan dan pengurusan trafik.

“Kita perlu dapatkan laporan penuh daripada semua jabatan yang terlibat dan kita akan kongsikan mengenai tindakan yang akan dilakukan di projek pembinaan di laluan sibuk yang digunakan orang ramai itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi libat urus penggiat industri pembinaan di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau mengulas kejadian membabitkan seorang wanita yang nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit yang jatuh dari struktur pembinaan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berdekatan Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) pada Sabtu lalu.

Semalam, beliau berkata, kerajaan masih belum dapat memutuskan sama ada akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu atau tidak untuk projek pembinaan di laluan sibuk tersebut.

Ditanya bentuk tindakan yang akan diambil diambil terhadap kontraktor yang cuai sehingga mengakibatkan kereta itu remuk teruk dan wanita tersebut mengalami trauma, kata Fadillah, keputusan itu bergantung kepada hasil penyiasatan dan dapatan yang diperoleh pihak kementerian nanti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya