fbpx

28 November 2020, 9:40 am

  TERKINI

Tahanan lari ditahan bersama teman lelaki

SUSPEK yang melarikan diri ditahan bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Gali Hilir di Raub Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Selepas 10 hari melarikan diri daripada tahanan polis, seorang wanita berjaya ditahan ketika bersembunyi di rumah rakannya di Kampung Gali Hilir di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, suspek ditahan bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya.

“Dalam serbuan itu, pihak polis menahan kedua-dua suspek yang ketika itu berada di dalam bilik sebelah kiri rumah berkenaan

“Turut dirampas motosikal yang digunakan oleh suspek untuk melarikan diri dari tahanan polis pada 14 September lalu,” katanya di sini hari ini.

Pada 14 September lalu, seorang tahanan wanita yang dituduh dalam kes dadah nekad melarikan diri dalam keadaan tangan bergari ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Raub. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, suspek, Saidatina Aida Sahabudin, 23, melompat ke atas motosikal ditunggang seorang lelaki selesai sebutan kes di Mahkamah Sesyen Raub.

Menurut Kama Azural, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan Seksyen 225 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek bersembunyi di rumah seorang rakannya yang turut mempunyai rekod penyalahgunaan dadah.

“Terima kasih kepada orang awam yang membantu pihak polis sepanjang operasi pengesanan kedua-dua subjek dijalankan,” katanya.-UTUSAN