Suspek OKU direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Suspek OKU direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suspek pemegang kad orang kurang upaya (OKU) penyakit mental yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pemuda di Seksyen 9 semalam direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, individu terbabit berusia 37 tahun merupakan suspek kedua yang ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek kedua ini pada awalnya telah dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan mempunyai kad OKU penyakit mental.

“Bagaimanapun, semalam kita telah menahan semula suspek dan mahkamah telah membenarkan reman selama tujuh hari sehingga Khamis hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, pertengkaran mulut seorang pemuda dengan dua lelaki berakhir dengan tragedi apabila dia meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian di Seksyen 9 di sini Isnin lalu.

Mangsa, Mohammad Haykal Che Haron,25, meninggal dunia petang tadi kira-kira pukul 5.35 petang setelah menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Susulan kejadian, dua suspek berusia 29 dan 47 tahun telah ditahan dan direman sehingga Ahad nanti yang mana salah seorangnya mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya