STEM inisiatif tarik minat pelajar pilih aliran sains, teknologi - Utusan Malaysia

STEM inisiatif tarik minat pelajar pilih aliran sains, teknologi

NATASHA Charmaine akan berpasangan dengan Shah Iskandar Mahfuz sebagai hos program STEM di NTV7.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penurunan jumlah pelajar yang memilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik di sekolah kerana tanggapan subjek itu sukar menimbulkan kebimbangan.

Sehubungan itu, NTV7 dengan kerjasama  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengetengahkan program interaktif STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) diketengahkan bagi menarik minat pelajar dalam subjek berkenaan.

Penerbit Eksekutif program, Mohd. Efendi Omar berkata, program interaktif 22 episod itu memberi pendedahan kepada murid dan pelajar berkaitan tarikan memilih aliran pendidikan STEM serta kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.

 “Program seperti ini dapat membantu menarik perhatian pelajar selain membolehkan  mereka lebih berani menerokai subjek berkenaan.

 “Mereka perlu tahu STEM memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan setiap subjek dipelajari adalah relevan untuk digunakan pada masa akan datang.

 “Program dilaksanakan ini dapat menarik minat pelajar untuk menguasai pembelajaran subjek kritikal seperti sains dan matematik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Efendi, bagi menarik minat generasi muda program itu mengetengahkan dua pengacara berbakat untuk menjayakan program tersebut.

“Saya memilih Shah Iskandar Mahfuz dan Natasha Charmaine kerana kejayaan mereka dalam bidang diceburi selain boleh dijadikan inspirasi kepada pelajar lain,” katanya.

Sementara itu, juga Natasha Charmaine yang juga Miss Borneo Beautiful 2010 berkata, sebagai pengacara dia ingin menyampaikan pendekatan baharu untuk membantu  pelajar memahami subjek kritikal.

“Program STEM tampil sebagai pendekatan proaktif dibawakan KPM dalam mengutamakan golongan belia untuk mempelajari mata pelajaran yang sering dianggap sukar itu,” katanya.

 tamat. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya