fbpx

24 September 2020, 4:42 pm

  TERKINI

Penduduk resah ancaman babi hutan

KHAIRUL Shamshu menunjukkan Jalan Kampung Banggol, Kuala Terengganu yang sering menjadi laluan babi hutan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 350 penduduk di Kampung Banggol, Manir di sini resah dengan ancaman babi hutan yang menganggu keselamatan mereka sejak tiga tahun lalu.

Wakilnya, Khairul Shamshu Awang, 49, berkata, walaupun satu kematian telah dicatatkan akibat kemalangan dengan haiwan liar itu pada tahun lalu, namun masalah sama masih membelenggu penduduk hingga kini.

Katanya, lebih membimbangkan apabila kumpulan babi hutan itu bukan sahaja berkeliaran di sekitar tong sampah dan di tepi jalan malah turut memasuki halaman rumah penduduk.

“Sampai bila kami perlu bersabar? Adakah bila ada lagi kematian disebabkan babi hutan baru pihak berkuasa hendak ambil tindakan?

“Saya difahamkan lesen menembak (babi hutan) hanya diberikan kepada orang perseorangan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak lagi diberikan kuasa untuk melakukan operasi tersebut selang empat bulan sekali seperti dulu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Khairul Shamshu berkata, pihaknya ada mengambil inisiatif menghubungi individu yang mempunyai lesen menembak tetapi rata-ratanya bimbang keselamatan orang ramai berikutan jarak haiwan liar itu berkeliaran yang dekat dengan penempatan.

Sehubungan itu, katanya, penduduk kampung merayu bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri untuk segera memasang perangkap babi di perkampungan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, sebelum ini masalah itu pernah disuarakan dalam laman sosial Facebook miliknya dan walaupun mendapat maklumbalas Perhilitan namun tindakan masih sepi.

“Saya harap ada tindakan segera daripada pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah ini sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk,” katanya. -UTUSAN

POPULAR