fbpx

24 September 2020, 4:57 pm

  TERKINI

Pemeriksaan kesihatan percuma anggota polis

PEGAWAI dan anggota polis IPK Johor menjalani pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Hospital Pakar KPJ Dato' Onn, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hospital Pakar KPJ Dato’ Onn mengambil inisiatif mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk pegawai dan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor semalam.

Ia sebagai menghargai jasa dan sumbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selama ini memikul amanah dan tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan dalam mengekang pandemik Covid-19.

Pemeriksaan kesihatan percuma yang diadakan itu telah membabitkan seramai 156 pegawai dan anggota. 

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, Noor Haslina Harun berkata, pemeriksaan itu merangkumi Indeks Jisim Tubuh (BMI), glukosa, tekanan darah serta konsultasi kesihatan. 

“Pasukan keselamatan seperti polis telah banyak berkorban kepada negara. Jadi, ini satu cara kami meraikan mereka sejajar dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’.

“Selain itu, ia juga merupakan sebahagian program tanggungjawab korporat kami dalam membantu masyarakat mengesan dan mencegah penyakit di peringkat awal kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Program itu diadakan di lobi ibu pejabat polis Johor bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang. 

Dalam program tersebut, Noor Haslina turut menyampaikan baucar pemeriksaan kesihatan kepada Pegawai Kebajikan Kontinjen, Asisten Superintenden Nurul Akmar Hassan sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan.-UTUSAN

POPULAR