Pemandu lori tunjuk kemaluan mati ditetak  - Utusan Malaysia

Pemandu lori tunjuk kemaluan mati ditetak 

MOHD. NOR YHAZID IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pemandu lori maut dibelasah dan ditetak selepas dipercayai membuat kacau dalam kejadian di Taman Pengkalan Indah, di sini malam tadi. 

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, lelaki berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Alor Gajah. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, mengikut laporan awal, mangsa bersama seorang lagi rakannya didakwa sengaja memulas minyak motosikal sehingga mengeluarkan bunyi yang bising di hadapan sebuah rumah di taman berkenaan. 

“Mangsa dan rakannya dikatakan telah beredar selepas membuat kacau, namun, datang semula selang beberapa minit dan melakukan perkara sama sambil mengeluarkan kata-kata kesat membuatkan penghuni, seorang wanita menelefon abang kandungnya. 

“Tidak lama kemudian, dua orang abang wanita berkenaan pulang menunggu lelaki itu di hadapan rumah tersebut sebelum mangsa bersama rakannya itu kembali semula dan berlaku pertengkaran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, abang wanita berkenaan dikatakan telah menutup pintu pagar rumah, namun kedua-dua lelaki berkenaan bertindak membaling topi keledar dan parang di dalam perkarangan rumah.

“Si mati juga didakwa bertindak membuka seluar dan menunjuk kemaluan kepada isteri lelaki tersebut menyebabkan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak dengan menggunakan senjata parang.

“Mangsa kemudian melarikan diri dan dikejar oleh kedua-dua abang wanita itu kira-kira 80 meter sebelum salah seorang mereka menetak mangsa beberapa kali pada bahagian badan, manakala rakannya sempat melarikan diri,” katanya. 

Jelasnya, mangsa telah melarikan diri ke sebuah rumah lain dan penghuni yang mengenalinya telah memaklumkan kejadian kepada isteri mangsa sebelum dia dibawa ke Hospital Alor Gajah, namun kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 11 malam.

Katanya, susulan kejadian itu, seramai sembilan lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya