Pas pun boleh tetapkan calon - Razman - Utusan Malaysia

Pas pun boleh tetapkan calon – Razman

Razman Zakaria
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tindakan UMNO Bahagian Bukit Gantang yang telah menamakan calon dari parti itu untuk bertanding kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) bahagian itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) tidak terpakai.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, beliau tidak tahu mengenai kesahihan perkara itu, namun, Pas berpegang pada peraturan apa jua pengumuman mengenai parti dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) mesti dibuat oleh Setiausaha Agung atau Presiden parti.

Menurutnya, apatah lagi dalam soal pembahagian kerusi untuk PRU-15 dalam MN dan PN di Perak belum lagi dibincangkan.

“Cerita itu (UMNO Bahagian Bukit Gantang namakan calon) tak boleh pakai. Jurucakap parti seorang saja iaitu Setiausaha Agung, yang lain tak boleh pakai.

“Setelah perbincangan dijalankan, kenyataan mesti dari Pesuruhjaya Pas, kalau UMNO dari Badan Perhubungan UMNO negeri atau Presiden parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Bicara Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Kolej Vokasional Bagan Serai di sini hari ini.

Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri berkata, semua parti tidak seharusnya menimbulkan unsur-unsur yang menyebabkan kerjasama MN atau PN terjejas.

“Nampaknya UMNO yang keluar kenyataan, Pas tak pernah keluar kenyataan. Saya nasihatkan tak usah timbulkan keraguan, lebih baik serah kepada pucuk pimpinan dan rundingan untuk buat keputusan.

“Kalau UMNO hantar calon,  kita pun boleh hantar calon,” katanya.

Mengenai pembahagian kerusi dalam PN di Perak untuk PRU-15, Razman berkata, perkara itu belum dibincangkan dan menjangkakan akan berlaku masalah dalam pembahagian itu nanti.

“Masing-masing perlu berlapang dada kalau nak ambil negeri ini. Kena bincang, jangan rasa ‘big brother’ atau abang besar.

 “Kalau dalam Malaysia ada dua parti sahaja, nak pilih calon pun pasti ada masalah, inikan pula banyak parti, tentu ada masalah namun kita akan bincang,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyatakan beliau tidak bersetuju dengan tindakan UMNO bahagian itu yang lebih awal menetapkan calon dari parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen dan semua DUN bahagian itu dalam PRU-15.

Bekas Ahli Parlimen UMNO itu yang kini menyertai Bersatu berkata, tindakan itu dilihat mendahului kepimpinan tertinggi kalangan parti dalam Perikatan Nasional (PN) mengenai pembahagian kerusi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya